Saturday, October 19, 2013

Indahnya Cinta Kerana Allah......

CINTA KERANA ALLAH S.W.T.

Cinta yang diajarkan dalam islam adalah cinta yang manis.Cinta yang tujuanya adalah untuk berkasih sayang dan melepaskan nafsu untuk menyambung keturunan hanya pada pasangan yang sah selepas berkahwin,bukan kepada sesiapa yang bernama kekasih.

islam mengajar kita melakukan semua kerana allah,tuhan yang satu.Bukan melakukan kerana manusia,jika kita melakukan kerana manusia,kita akan kecewa,patah semangat bahkan tertekan,sakit,terluka jika manusia pergi meninggalkan kita atau curang kepada kita.tetapi jika niat dan tujuan kita kerana allah,kita takkan pernah kecewa.


Indahnya Cinta Kerana Allah...

Tuesday, October 15, 2013

Suami Soleh Yang Penyayang.....



SUAMI SOLEH YANG PENYAYANG......


Terlalu banyak lelaki soleh dalam dunia ini.Yakin dan berdoa bersungguh-sungguh untuk di berikan iman dan taqwa.Nabi menyebutkan lelaki yang paling baik adalah yang paling berlemah lembut dengan anggota keluarganya dan yang paling taat pada allah.Bukan yang menyusahkan dan membebankan wanita.Bijaklah membuat pilihan,jangan sampai termakan diri.Semoga dipilih allah menjadi kekasih Allah.



Terima Kasih,Majalah 'ANIS'.....


Suami Soleh...

Solehah Itu Indah....


bismillahirahmanirahim....
segala puji bagi allah...tuhan sekalian alam.....



assalamuaikum...salam aidil adha buat kekawan yang beragama islam....sayunye...bila kite dengar takbir raya di radio mahupun di masjid......sedih lagi bila beraya di perantauan ...tapi xpe....kite kena kuatkan semangat demi suami tercinta.....alhamdulilah syukur kepada allah kerana di beri kesempatan untuk terus hidup di muka buminya yang penuh dengan dugaan dan cabaran......

hari nie...nurul nak "share" sesuatu dengan korang semua....kalau2 korang ada baca majalah "Anis"....


SOLEHAH ITU INDAH......
 
Menjadi wanita solehah,tidaklah susah jika kita mahu dan bersungguh-sungguh.Kedudukan wanita solehah sangat tinggi di sisi Allah.Apa yang di doakan semuanya mudah di terima allah.Wanita solehah akan solat lima waktu tanpa meninggalkanya dengan sengaja kecuali uzur.Dia juga akan menutup aurat dengan sempurna,berpakaian longgar,hanya menampakkan tapak tangan dan wajahnya sahaja,Dia juga bertudung lengkap dan labuh sehingga ke paras pinggang @ menutup dadanya.Dia juga akan menjaga pandanganya daripada memandang sesuatu yang haram seperti melihat lelaki yang tidak ada pertalian dengannya tanpa urusan yang diperlukan.Dia tidak akan membenarkan mana-mana lelaki yang tidak ada hubungan dengannya menyentuh tubuhnya ataupun sekadar memegang tangannya.Dia bukan sekadar bercakap yang baik-baik dan bersih,tidak menyakiti hati dan sentiasa memohon ampun daripada allah jika melakukan kesilapan.



wanita solehah...

Saturday, October 12, 2013

JODOH ITU MILIK KITA.......



Bismillahirahmanirahim……..

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani……..


Assalamuaikum…….

Syukur alhamdulilah dengan izin allah…aku dapat juga meluangkan waktu yang tak berapa nak ada nie untuk meng-update blog kesayanganku,yang hampir 8 bulan ku biarkan sepi tanpa berita……pertama sekali buat kekawan nrl harap korang sehat hendaknya….nrl alhamdulilah sihat wal-afiat….”JODOH ITU MILIK  KITA…..ada apa dengan tajuk yang nrl tuliskan tu……jeng…jeng….hehehheh……


Alhamdulilah…segala yang terjadi ada hikmahnya…….setelah mengalami kekecewaan yang teramat sangat……allah hadiahkan nrl 1 anugerah yang tak ternilai harganya……benar kata orang tua-tua….ada hikmah di sebalik apa yang berlaku……Bulan 2 nrl bergelar seorang isteri  kepada suami tercinta…biarpun perkenalan kami singkat tapi alhamdulilah segala-galanya telah tertulis bahawa “jodoh itu milik kita”……bercinta selepas khawin memang sangat menyeronokan dan membahagiakan…..Terima Kasih ya allah dengan anugerah ini……semoga nrl dapat menjadi seorang isteri yang solehah untuk suami tercinta….:-)…….



Anugerah Cinta Dari Allah....

Ciuman Kasih Dari Suami.....

Friday, January 11, 2013

subahanallah.....pengakhiran tahun 2012....aku di uji lagi....

assalamuaikum.....selamat pagi buat sahabat2 semoga kalian berada di dalam keadaan sehat hendaknya....diam tak diam sekarang kita telah masuk tahun baru iaitu tahun 2013....ermm...maaf kerana lately nie nrl jarang update blog nrl....ermm...mcm mana dengan sambutan tahun baru korang???mesti bestkan.....mesti sambutan tahun baru korang meriahkan.....tapi tidak bagi nurul...di saat tahun bbaru menjelma.....nenda tercinta pergi buat selamanya....aduhhhhhh....masa tu hanya allah saja yang tahu....tanggal tarikh 31.12.2012 pukul 2.55 pagi nenda pergi menyahut seruan illahi....masih segar lagi dalam ingatan kata-kata nasihat 3 sebelum nenda pergi......kadang-kadang rasa macam tak percaya....masih terbayang-bayang kenang ambil buah kelapa,bergurau senda,di pagi raya bersama arwah....seakan dapat nurul rasakan...raya tahun ini...tidak semeriah tahun-tahun yang lepas....nurul da tak ada nenek lagi untuk di sambut hari raya..tiada nenek lagi utnuk diberi ampau...tiada masakan nenek lagi yang dapat di hidangkan di pagi raya...tiada gelak tawa senda gurau nenek di pagi raya...segala-galanya sudah tiada....pengakhiran tahun....ya allah nurul di uji lagi....subahanallah.......kuatkan imanku...kuatkan semangatku.....