Tuesday, October 15, 2013

Solehah Itu Indah....


bismillahirahmanirahim....
segala puji bagi allah...tuhan sekalian alam.....



assalamuaikum...salam aidil adha buat kekawan yang beragama islam....sayunye...bila kite dengar takbir raya di radio mahupun di masjid......sedih lagi bila beraya di perantauan ...tapi xpe....kite kena kuatkan semangat demi suami tercinta.....alhamdulilah syukur kepada allah kerana di beri kesempatan untuk terus hidup di muka buminya yang penuh dengan dugaan dan cabaran......

hari nie...nurul nak "share" sesuatu dengan korang semua....kalau2 korang ada baca majalah "Anis"....


SOLEHAH ITU INDAH......
 
Menjadi wanita solehah,tidaklah susah jika kita mahu dan bersungguh-sungguh.Kedudukan wanita solehah sangat tinggi di sisi Allah.Apa yang di doakan semuanya mudah di terima allah.Wanita solehah akan solat lima waktu tanpa meninggalkanya dengan sengaja kecuali uzur.Dia juga akan menutup aurat dengan sempurna,berpakaian longgar,hanya menampakkan tapak tangan dan wajahnya sahaja,Dia juga bertudung lengkap dan labuh sehingga ke paras pinggang @ menutup dadanya.Dia juga akan menjaga pandanganya daripada memandang sesuatu yang haram seperti melihat lelaki yang tidak ada pertalian dengannya tanpa urusan yang diperlukan.Dia tidak akan membenarkan mana-mana lelaki yang tidak ada hubungan dengannya menyentuh tubuhnya ataupun sekadar memegang tangannya.Dia bukan sekadar bercakap yang baik-baik dan bersih,tidak menyakiti hati dan sentiasa memohon ampun daripada allah jika melakukan kesilapan.



wanita solehah...

No comments:

Post a Comment