Bukan cinta sebarangan….
Kasih sayang abadi
Kasih sayang yang abadi tiada tarikh luput atau tidak hanya diraikan pada masa tertentu sahaja .Ini sama dengan kasih sayang allah apabila allah terus member rezeki kepada kita tanpa berkira sedikit pun,oleh itu,sebagai manusia yang inginkan hidup dalam suasana tenang dan penuh rahmat ,kita seharusnye sentiasa bersedia untuk member kasih sayang kepada yang berhak iaitu,allah yang menjadikan kita,rasullah yang meninggalkan kita banyak peringatan,ibubapa,adik beradik ,pasangan ,sahabat dan umat islam…
Cinta bermakna melindungi,menghargai dan menghormati
Cinta pada pasangan bermakna kita akan melindungi,menghargai dan menghormatinya tanpa mempertikaikan kelebihan dan kelemahannya,kita terima kelemahanye seadanya dan kita syukuri kelebihan yang dia miliki ,sebab itulah orang berkata kasih sayang itu tiada syarat,namun amat menyedihkan apabila ada yang menyalahgunakan cinta untuk memuaskan nafsu @kepentingan diri sendiri….
Jangan sempitkan makna kasih sayang
Cinta dan kasih sayang itu luas maknanye..ia bukan setakat perhubungan akrab antara lelaki dan perempuan bukan mahram sahaja,lebih dari itu,kasih sayang patut di pupuk pada diri sendiri,keluarga ,antara ibubapa,adik beradik dan saudara mara,sebelum kite mencurahkan sayang pada orang lain(terutamanya pada yang bukan mahram),sayangilah diri sendiri dahulu,lebihkan cinta kepada ibubapa dan keluarga ,andainya hubungan dengan diri sendiri pun x beres,hubungan keluarga dan adik beradik pun masih kelam kabut ,jangan haraplah kita dapat membina hubungan yang harmonis dengan orang yang bukan mahram .Perhubungan terlanjur,hamil sebelum nikah sehingga membawa kepada buang bayi berlaku kerana tidak sayang dan tidak hormat pada diri sendiri,jika kita sendiri tidak pandang tinggi pada diri sendiri ,adakah orang lain akan pada tinggi pada diri kita juga?tepuk dada tanyalah selera……
No comments:
Post a Comment