Monday, January 9, 2012

pengakhiran tahun 2011 dan permulaan tahun 2012

assalamuaikum dairiku sayang.........

hidup ini umpama roda yang ada ketikanya kita berada di atas dan ada ketikanya kita berada di bawah,begitu jugalah kehidupan aku yang ada ketikanya aku berda gembira dan ada ketikanya aku berasa sedih dan inilah dinamakan perjalanan hidup seorang manusia dimuka bumi allah....permulaaan tahun baru 2012 aku diuji dengan "masalah aku bersama tunang"...walau bagaimanapun aku berharap tunangku dapat pertujuk daripada allah s.w.t,segala - galanya terletak pada dirinya,segala yang berlaku akan aku terima dengan hati yang tenang dan tabah walaupun aku akan kecewa sekali lagi untuk melihat dia kembali seceria dulu apa pun akan aku lakukan untuk melihat dye gembira dan senyum seperti selalu...."mencintai seseorang itu tidak semestinya kita dapat memilikinya,cukuplah dengan hanya kita melihat dye tersenyum itu sudah cukup untuk membuatkan kita bahagia".........alhamdulilah tahun 2011 segala impian aku terlaksana,sujud syukur aku pada allah...kereta,motor alhamdulilah sudah menjadi milik aku,bah kan allah memberikan aku 2 bonus lagi dalam hidup aku.....iaitu secara penuhnya aku berhijab alhamdulilah selama ini aku kerap kali buka dan pakai hijab tetapi tahun 2011 selam 11 bulan aku dapat menutup kepalaku dengan hijab yang sempurna alhamdulilah aku berharap ianya akan kekal untuk selamanya...amin.......dan bonus yang kedua ialah allah memberikan aku jodoh yang aku tidak sangka begitu cepat.....mungkin ini berkat doaku dan berkat doa seorang ibu untuk anaknya allah perkenankan tanggal 9/10/11 tarikh pertunangan aku dengan dia yang tidak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila.....selam 3 bulan aku berkawan dengan tidak disangka aku bertunang dan sekaligus kini gelar aku ialah tunangan orang......selepas aku kecewa dengan percintaan yang terbina selama setahun setengah,insan yang aku sayang,yang aku cinta,yang aku puja rupanya dalam diam mengkhianati cinta suci yang telah aku berikan padanya lantaran itu aku menutup rapat pintu hati ini untuk bercinta lagi...tetapi kuasa allah melebihi segala kuasa yang ada dibumi tuhan ini.....takdir allah aku dipertemukan dengan dia oleh seorang kawan yang berlainan agama....walaupun tidak mengenalinya dengan begitu rapat,aku menerima lamaran keluarganya untuk mengikat tali pertunangan dengan dia...walaupun tidak begitu mengenalinya akan aku cuba sedaya upaya untuk mengenalinya semasa dalam pertunangan ini....tapi kuharapkan panas sampai ke petang rupanya gerimis di tengahari....tidak perlulah aku bercerita lagi.....aku hanya akan menunggu gerimis tadi ditengahari tadi akan menjadi hujan ataupun bertukar menjadi panas kembali....masih adakah ruang kecil dalam hatinya untuk insan ini menumpang sedikit kasih sayang daripadanya.....sama-samalah kita berdoa semoga allah mempermudahkan segala urusan perjalanan hidup aku dan apa jua keputusanyan akan aku terima dengan hati yang tabah.....kerana aku percaya pada takdir allah untuk diri ini,aku percaya pada qada dan qadar allah untuk hidup ini....sesungguhnya aku percaya pada tuhan aku yang 1 iaitu allah s.w.t.......

No comments:

Post a Comment