Thursday, May 31, 2012

terlintas dalam fikiran.....


Selepas  selesai membaca surah yassin…seperti malam-malam khamis selalunya aku membaca ayat suci allah ….pada malam nie aku berjubah putih ….akhirnya  aku  gagal  menahan  beberapa  titisan   airmata ku gugur juga di pipi kiri dan kanan ku  yang sedari tadi aku kawal daripada gugur semasa aku membaca surah yassin…..perasaan aku tidak dapat dikawal dengan hati…mata aku umpama empagan air yang semakin penuh dan akhirnya berlimpahan air keluar dari empangan mata aku….esok….hari ape?  1.6.2012….sepatutnya menjadi hari yang bersejarah dalam hidup aku…ataupun pada mana-mana gadis yang berkongsi tarikh ini…ia adalah tarikh  pernikahan aku denga seorang hamba allah…tetapi apa kan daya…jodoh,ajal,maut dan rezeki semuanya hanya allah yang tahu….seperti dalam lagu zamani’ku sangkakan panas berpanjangan…rupanya gerimis…rupanya gerimis mengundang……ataupun lebih tepat seperti lagu aida….’pasti gelora yang akan melanda kita berdua akan karam’ …….langsir dan juga cadar putih merah di dalam bilik aku…akan aku simpan sebagai 1 kenangan yang bermakna dalam hidup aku…dan juga pengajaran yang aku dapat daripada kisah silam itu…..di tikar sejadah aku memohon kepada penciptaku…semoga aku diberikan kekuatan dan kesabaran dalam apa juga cabaran dan ujian akan aku tempuhi…..dan tak lupa juga aku berdoa semoga aku diberika jodoh yang baik….amin ya allah….semoga engkau permudahkan jalan ku…….

No comments:

Post a Comment