Wednesday, December 12, 2012

DIET BUAH-BUAHAN......

Tahukah kamu, buah-buahan merupakan keperluan yang penting dalam pemakanan harian dan mampu membuatkan diet kamu seimbang… Jom semak buah-buahan yang menjadi pilihan dalam diet harian kamu……

 PISANG – sebiji pisang mampu membekalkan 35 % vitamin B6 dalam keperluan seharian manusia.

TIMUN – buah ini mengandungi zat-zat saponin antaranya protein,leamk,kalsium,fostor,besi,vitamin A,B1 dan c. biji timun juga mengandungi vitamin E untuk melewatkan proses penuan serta menghilangkan kedutan.

LIMAU – buah ini mengandungi 85% air dan 64 kalori dan boleh dijadikan sneek rendah kalori yang baik untuk kamu yang mahu menjaga potongan badan.

 EPAL MERAH- buah ini mengandungi beberapa fitokimia penting seperti phloridzin,catechinm,kuersetin dan asid klorogenik yang mampu mengurangkan risiko penyakit jantung,asma,diabetes,dan beberapa jenis kanser.

BUAH NAGA – satu hidangan buah naga membekalkan dua gram asid lemak tidak tepu yang sihat untuk jantung. Buah yang kaya dengan pelbagai vitamin ini mampu membekalkan 8% zat besi untuk membantu kesihatan fungsi sel darah merah untuk membawa oksigen ke sel.

No comments:

Post a Comment